Tujuan post ni untuk berkongsi tentang ilmu untuk
beramal.Kita dituntut untuk sentiasa menuntut ilmu.Dengan ilmu kita dipandang
tinggi.Pernah dengar tak “ dengan harta kita kena jaga, ilmu akan jaga harta
kita”.Selalulah kita menghadiri majlis ilmu di surau/masjid terdekat untuk
lebih dekat dengan Allah.Lebih tinggi manfaat dari dok ibadat sahaja.
Nak berkongsi sebenarnya selama hidup (dah hampir 30
dekad) ini saya pun dah banyak membazir banyak masa melakukan perkara yang tidak
diamalkan pun.Kalau nak tahu saya jenis yang suka membaca, kadang-kadang e-meil
yang dihantar disimpan tanpa dibaca.Satu hari saya buka balik folder yang save,
melambak fail2 yang tak dibaca.
Kalau kita hanya membaca melalui teori tanpa amal
memang tak akan kekal lama dalam fikiran kita. Kalau beramal memang menjadi tabiat
(minda bawah sedar dah set jaln dalam otak kita) dan nampak hasilnya.Sebab itu puasa kena sebulan,
sebab kita nak ambil tabiat untuk diamalkan berterusan.Seperti mengaji Quran setiap
hari, solat tahajud malam, berjaemaah subuh di surau dan lain-lain amalan.
Nasihat saya, kita kena set apa yang nak dibuat setiap
hari,list down dalam handphone ataupun kertas - pecah kepada dua note.
1)untuk perkara yang perlu dibuat.
- Ikut turutan dari yang penting dahulu
2)perkara yang telah diselesaikan.
-kita akan terkejut dengan perkara yang kita dah
lakukan.lagi-lagi masa cuti.Banyak benda tertangguh ataupun yang perlukan banyak masa boleh kita
lakukan.
Ini untuk kita "filter" apa yang perlu supaya tenaga dan
masa kita focus dalam sesuatu masa.
Psst : malu pada kakak yang dah start bisnes tapi aku
ni apapun tak mula lagi.Tiada hasil tanpa tindakan