Monday, 1 October 2012

tiada jaminan hidup ini


Sebenarnya kehidupan ini dah termaktub dalam Luh Mahfuz.Cuma aku tak tahu penentuan hidup ini sebab rahsia Pencipta dan Dia sajalah yang mengetahuinya.Kita hanya disaran untuk berusaha.Dunia hanya tempat persinggahan buat sementara waktu sahaja.Setiap hari aku berdepan dengan ujian dan cabaran yang tak tahu sejak sebelum lahir lagi sehinggalah sekarang.

Tiada jaminan keluar dari perut ibu, tanpa cacat cela.Tiada jaminan untuk kita berjaya dalam pelajaran, kemudian berjaya pulak di alam perkerjaan.Tiada jaminan kita akan berjaya mendapat pekerjaan yang dikehendaki bila tamat belajar di universisti.Tiada jaminan kita akan 'stay' di suatu tempat bekerja sahaja.Tiada jaminan kita ke tempat kerja dengan selamat dari sebarang bencana seperti tayar pancit, hujan ditengah jalan, dll.Jika bergembira sekarang , tiada jaminan untuk kita berduka kembali dan sebaliknya.Tiada jaminan dalam hidup orang yang rapat dan kita sayang sentiasa bersama kita menanti untuk menempuh segala ombak badai yang datang.Sedar-sedar orang yang bersama kita berjalan pergi dari hidup kita.Tiada jaminan untuk hidup kita kekal bahagia.Yang penting tiada kepastian akan hidup esok, bahkan tiada jaminan untuk menikmati hidup ini beberapa minit lagi.Yang ada hanyalah harapan

Inilah realiti kehidupan.Semua perjalanan hidup ini tiada jaminannya.Selagi kita berdaya berusaha, BUATLAH SEKARANG!!!.Sesungguhnya yang paling jauh dengan kita adalah masa yang terlepas.Yang paling dekat dengan kita - MATI.Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang - Samuel Johnson