Ketika mengikuti kuliah maghrib di masjid berdekatan rumah tentang Ilmu dan amal.Menarik juga tajuk yang dibentangkan ustaz berkenaan walaupun dah banyak kali kita dengar sebelum ini.Menurutnya ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tumbuh tapi tak berbuah.Ilmu mesti disertakan dengan amal supaya kita tahu manfaatnya pada kita dan memperbaiki apa yang kita amalkan sebelum ini.Contohnya solat 5 waktu yang menjadi teras amalan kita.Di dalam terkandung Surah Al-Fatihah yang wajib kita baca mengikut aturannya.Kita kena balajar (ilmu) dan amal (praktikal) supaya bacaan solat kita betul.
Sesungguhnya jika hanya berilmu tapi tak beramal @ praktikal akan dituntut kelak ilmu yang kita pelajari.Dengan amalan baru kita dapat kemahiran dalam mana-mana perkara pun kita lakukan.Ianya merupakan peraturan semulajadi yang tidak dapat diubah- TIADA HASIL TANPA USAHA.Tiada keuntungan tanpa bekerja, tiada kemahiran tanpa mencuba, tiada kejayaan tanpa kepayahan.Hanya satu sahaja perkara yang datang kepada kita tanpa perlu berusaha, iaitu umur tua kita.
Sebaliknya orang yang beramal tanpa ilmu pula seperti seorang memandu kenderaan tanpa pengetahuan pemanduan tersebut. Kesannya amat buruk dan boleh mengakibatkan kemalangan. Begitulah kesannya dalam amal ibadah seharian kiranya tanpa ilmu, jadilah amalan yang sia-sia sahaja.Imam Ghazali di dalam kitab minhajul a'bidin berkata " Ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia ".Sebab itu jika dipadukan ilmu dan amal, maka kita akan mendapat petunjuk Allah.
Dalam riwayat Imam Ali Abi Thalib berkata, “Ilmu adalah pemimpin amal, dan amal adalah pengikutnya.” Demikian juga dengan sabda Rasulullah saw , “Barangsiapa beramal tanpa ilmu maka apa yang dirosaknya jauh lebih banyak dibandingkan yang diperbaikinya.”
Pada riwayat lain, Imam Ali Abi Thalib berkata, “Ilmu diiringi dengan perbuatan. Barangsiapa berilmu maka dia harus berbuat. Ilmu memanggil perbuatan. Jika dia menjawabnya maka ilmu tetap bersamanya, namun jika tidak maka ilmu pergi darinya.”
Psst : Sebab itulah banyak sekolah agama di sekitar Selangor,terpapar logo di lencana tertulis perkataan ILMU,IMAN, AMAL