Tuesday, 8 May 2012

2F untuk berjaya



Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, terdengarlah motivasi radio IKIM tentang 2 cara untuk berjaya dalam hidup ini iaitu :-


1.Fikir
2.Fokus


Yang menarik perhatian saya ulasan ustaz berkenaan menceritakan tentang FOCUS (follow one course until success).Sebenarnya saya 'start' tertarik dengan perkataan ni bila menghadiri seminar WSMA pada bulan januari yang lepas.Talk tersebut disampaikan oleh Faisal Abdullah (Pakar pemasaran FB).Saya juga termasuk dalam kategori orang yang cepat hilang fokus dalam melakukan sesuatu perkara.Kata Faisal antara kaedah untuk kita focus dengan banyak melakukan kerja proaktif berbanding reaktif.Kerja proaktif ialah ialah kerja yang kita buat mendapat respon dari orang lain manakala kerja reaktif ialah kita yang terpaksa memberi respon.


Begitu jugak di radio tadi membicarakan tentang fokus thinking.Kita disaran untuk sentisa fokus dalam setiap tindakan supaya masa yang dilaburkan tidak bocor dan tenaga kita tidak membazir begitu sahaja.Belum lagi termasuk duit sebagai modal yang kita gunakan. Sebagai contohnya jika kita mengadap internet untuk mendapatkan sesuatu informasi yang kita inginkan, kadang-kadang tumpuan kita teralih kepada perkara-perkara lain dan lari dari tujuan asal kita tadi.Alih-alih satu kerja pun tak menjadi kerana asyik dengan sesuatu perkara yang melalaikan kita.




Dalam Islam, aplikasi fokus thinking ialah melalui solat 5 waktu kita seharian.Kata ustaz berkenaan kalau solat selama 5-10 minit pun kita tak dapat fokus macam mana untuk kita fokus dalam kehidupan untuk 10 tahun akan datang.Kita disuruh untuk sentiasa melakukan usaha berterusan untuk fokus.Walhal dalam azan sebelum solat pun disebut haiya solat,haiya alal falah.Mari kerjakan solat dulu barulah kita menuju kejayaan.


Nabi menganjurkan kita untuk alihkan perkara yang tak berkaitan ke tepi.Sebagai contoh kalau makanan dah tersedia eloklah dimakan terlebih dulu, dan jikalau hendak membuang hadas kecil/besar hendaklah melampiaskan dulu hajat kita baru kita tunaikan solat tadi.Ini untuk mengelakkan kita hilang fokus dan mengalihkan dulu perkara yang mengganggu solat.


Itulah serba sedikit ilmu yang sempat saya tangkap berkenaan focus thinking.Semoga kita semua dapat manfaat darinya.InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment