Menurut penulis buku "Ibu bapa bijak, anak mewah", Zaid Mohamad, cara yang kita perlu lakukan ialah dengan :-
1. Alihkan perhatian anak kita seperti ke arah makanan atau melihat kedai haiwan atau bawa anak-anak pergi dari tempat tersebut secara fizikal jika perlu.
2. Sebelum shopping pesan awal-awal dekat sana banyak barang-barang.Ingatkan yang diorang boleh lihat dan pegang tetapi tidak semestinya membeli.Beri amaran kalau degil, mereka langsung tidak membawa apa-apa barang dibawa balik.
3. Ibu atau bapa perlu menentukan bajet dan umumkan kepada semua kelurga.Libatkan anak-anak dan minta kerjasama semua agar tidak terbabas.Keluarkan sedikit belanja untuk keluar, aktiviti riadah, bercuti dan pilih tempat-tempat mampu dikunjungi dan selesa tetapi ekonomikal untuk makan bersama keluarga.
4. Ajar sistem dan nilai wang kepada kepada anak-anak dari sejak mula sekolah rendah.Ajar diaorang berjimat-cermat dan menerapkan konsep 25:75 iaitu 25 peratus simpan dan 75 peratus lagi belanja.Selain itu ajar untuk membawa bekal dan sekali-sekala berikan lebih sedikit duit untuk membeli makanan lain seperti aiskrim sebagai hadiah.
5.Bagi anak - anak yang meningkat ke darjah 4-6, boleh berikan elaun mingguan contohnya RM8 seminggu dan guna konsep 25:75 juga.Bila meningkat remaja beri elaun bulanan awal bulan sebanyak RM50 ke RM70 dan pastikan bertahan sampai hujung bulan.
6. Anak-anak remaja selalunya tertarik membeli barangan mewah akibat pengaruh rakan sebaya seperti handphone, video game dan sebagainya. Ajar konsep membuat tabungan.Bincang bersama-sama anak cipta satu objektif yang jelas supaya anak kita lebin nampak dan mudah tertarik daripada kita dok berleter dan boleh menyebabkan anak-anak jauh dari kita.
7. Amalkan konsep tarikh luput apabila membeli barangan mahal seperti handphone-3 tahun dan jam tangan- 5 tahun.Sekiranya rosak barang tersebut tidak akan digantikan.Ini untuk memupuk diaorang menjaga barangan peribadi mereka sebaiknya.
8.Sekiranya perlu dibeli atau diganti juga, perlu guna konsep hadiah bersyarat.Ini perlukan proses rundingan yang telus dan buat beberapa syarat seperti anak perlu memberi atau membuat sesuatu untuk ibubapa seperti mengerjakan suruhan agama, menunjukakn penigkatan sedikit dalam pelajaran, membantu buat kerja rumah dan lain-lain lagi.jika tercapai boleh tunaikan permintaan setakat termampu.
Sebenarnya untuk mendidik anak-anak, ibubapa sebagai 'role model' perlu tunjuk contoh terlebih dulu kepada anak-anak.Sebarang panduan berguna untuk ibubapa boleh didapati di laman web www.Smartparents.com.my
sekadar perkongsian kita bersama.
No comments:
Post a Comment