Monday, 25 June 2012

Rawatan gigi di Klinik Kesihatan Kelana Jaya

Hari ini aku gunakan waktu terluang pagi untuk dapatkan rawatan sakit gigi di tingkat 1 Klinik Kesihatan Kelana Jaya.Maklumlah tak ambil berat pasal kesihatan gigi begini lah jadinya.Gigi pun dah tinggal tunggul tunggu masa nak jatuh je.Lagipun pergi jumpa doktor gigi ni pun termasuk dalam tugas perlu dilaksanakan untuk bulan 6 ni.Bulan depan dah nak start puasa.Tambahan kot-kot sibuk dengan benda-benda lain pulak.



Sampai kat sana pukul 10.00 pagi dah ramai pesakit dari pelbagai kaum datang untuk menggunakan kemudahan kerajaan ni.Bila sampai giliran masuk bilik rawatan terus cakap kat doktor (doktor perempuan lawa jugak; bilik 3.. :-)) nak cabut gigi.Susah jugak nak buang gigi aku ni sebab tunggulnya tinggal sikit sahaja.Siap kena doktor cakap kena potong tulang gusi untuk cabut keluar.Apakan daya tak boleh jugak.Last2 tengok doktor pempuan tu pun dah give up.Terus dia suruh datang balik untuk set appointment minggu depan - awal bulan 7.Laaa kena datang lagi gamatnya.

Nasihat saya kalau nak datang ke klinik tu silalah bawa tuala kecil kot2 keluar la air liur.hehe.nasib baik bawa tadi.Jgn lupa bawa air mineral senang nak kumur if tak selesa mulut ke kat luar.Kat bawah tempat kaunter klinik pun ada jual RM1 sebotol. Sebelum datang ke klinik tu bawaklah paper / bahan bacaan sementara menunggu nombor giliran kita dipanggil bolehlah membaca sekejap. Tak lah terbuang masa begitu sahaja. 

Kat sini aku bagitau rawatan pesakit luar hari ISNIN (8.00 pagi- 1.00 ptg).SELASA dan RABU (2.00ptg- 5.00).Tapi selalunya petang dia ambil 50 orang pesakit sahaja.Tak nak lah ramai kang tak balik pulak doktor tu.Dahlah pagi pun dah ramai pesakit yang macam2 kerenahnya.

Apapun terima kasih la rawatan doktor hari ni.Lepas ni kena jaga betul-betul gigi ni.Masa aku post entri ni pun tak hilang lagi sakitnya walaupun dah makan ubat tahan sakit.jadi "SEBELUM TIDUR SILA GOSOK GIGI".
.

Sunday, 24 June 2012

Buat Duit Dengan Mudah.my

Semasa tengah dok belek e-meil terbacalah tentang free ebook 'Buat Duit dengan Mudah.my' hasil buah tangan Usahawan Super iaitu Umar Taib.Sebenarnya saya dah lama berminat nak tahu teknik promosi kat mudah ni.Maklumlah mudah.my merupakan antara laman web pengiklanan terbesar kat Malaysia.Dah try sekali buat iklan pasal nak menjual kereta dan beg laptop.Memang menakjubkan sebab terima sms bertalu-talu daripada orang-orang yang berminat dengan barang yang kita iklankan.


Mudah.my merupakan lubuk yang mana terdapat banyak 'ikan' atau dalam lain perkataan 'prospek' kita.Tapi pastikan menggunakan teknik yang betul barulah ikan akan makan umpan yang kita gunakan.Kalau salah teknik ikan tak nak makan.Kan dah habis modal masa atau duit cari umpan tu.hehe..


Dalam ebook ini diterangkan teknik post a Free Ad iaitu tanpa menggunakan prodak sendiri dipanggil Dropshipping.Diterangkan juga bahagian Header (tajuk iklan) kita dan Ad Text (isi kandungan Iklan) iaitu ciri-ciri penting yang perlu ada dalam iklan yang kita buat.Free ebook ini juga menekankan secara ringkas teknik SEO.


Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik di sini - www.seminarmudah.my/bonus. untuk bacaan lebih lanjut.

Thursday, 21 June 2012

Car Loan Early Settlement Malaysia


Kat sini saya nak berkongsi cara pengiraan baki pembayaran loan kereta kat bank. Selalunya kita boleh berjumpa kerani/personal person/pegawai dekat bank yang kereta kita buat pinjaman untuk melihat samaada pembayaran sebelum ini ada masalah ataupun tidak.


Dalam benak fikiran aku ligat berpusing macamana cara-cara untuk menghabiskan hutang RM19k dengan kadar segera dan pantas.Aku membuat pinjaman kereta selama 7 tahun. Aku sudah pun membuat pembayaran kereta setiap bulan selama hampir 2 tahun. Ditahun hampir tahun ketiga ini jumlah pinjaman aku telah menjadi RM23K.Setiap pembayaran hutang secara cepat/lump sum/full settlement memang boleh dilakukan, malah mendapat diskaun/rebet.Car loan finance ni tak sama dengan personal loan sebab pengiraannya interest x jumlah pinjaman x tenure


Jika aku berhasrat membayar sekaligus hutang kereta, maknanya aku hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM19K sahaja dan RM4K tidak perlu dibayar dan dianggap sebagai diskaun. Perlu diingatkan yang pegawai itu juga mengatakan jika hutang kenderaan tinggal RM+/-5000, maka diskaun tidak akan diberikan. 


Bila balik rumah aku mencari cari info berkaitan “Car Loan Early Settlement Malaysia” ini dan rupanya terdapat “Car Loan Settlement Calculator” untuk membuat kira kira berapakah diskaun yang boleh kita dapati jika membuat “early settlement”. jika ingin mencuba boleh lah melawat website ini dan ketahui diskaun “Car Loan Early Settlement Malaysia” korang boleh test sendiri disini.
http://www.autoworld.com.my/v2/tools/loan_settlement.asp

Sunday, 17 June 2012

Buku 'Zakat Terapi Kekayaan'

Entri kali ni nak review sedikit pasal buku 'zakat terapi kekayaan' yang aku beli. Tajuk pun dah buat tertarik nak baca lebih lanjut.Buku ni lebih kepada siri soaljawab berkaitan perkara-perkara berkenaan zakat. Jenuh jugak la nak menghabiskan buku setebal 436m/s ni.Apapun nak senang aku baca je bab-bab yang berkaitan hidup aku sekarang + yang menarik minat.Nanti kalau sampai kat zakat saham ke, zakat perak ataupun sebarang kemusykilan boleh gunakan buku ni sebagai rujukan.



Zakat / dalam Arab disebut zakaa bermaksud - suci, bersih, subur, berkembang, membiak dan terpuji.Sesuai fitrah untuk mensucikan hasil pendapatan kita dari 'daki' dan membiakkan atau kembangkan harta untuk kemaslahatan umat Islam.Hakikatnya zakat tu sedekah tapi sedekah yang wajib.

Kalau nak tahu zakat ni tidak terbatas pada zakat emas, perak, ternakan, padi dan harta galian, tetapi ada juga diterangkan pasal zakat pendapatan, saham, dan zakat perhiasan.Malah pada zaman Uthman bin Affan dan Umar Abd Aziz, gaji yang dibayar kepada tentera Islam telah dibuat pemotongan zakatnya

Ada beberapa golongan asnaf yang berhak merima zakat seperti terkandung dalam Surah At-Taubah ayat 60 :-
1.Orang fakir
2.Orang miskin
3.Amil (pengurus zakat)
4. para muallaf
5.Riqab
dan lain- lain lagi.boleh baca buku ni untuk mengetahui lebih lanjut.

Dalam buku ni juga ada diceritakan rahsia Abdul Rahman bin Auf menjadi kaya dan isu-isu berkenaan kemiskinan.

Secara kesimpulan, apabila zakat ditunaikan maka ia akan membuka pintu barakah ke atas kita dan akan diturunkan rezeki kepada kita dari yang tidak disangka-sangka. Antara kebaikan di dunia ialah manusia yang suka membelanjakan harta yang kena pada tempatnya akan diberi ketenangan jiwa.Ia tidak akan dapat dibeli walau ditawar dengan harga yang berjuta. Keberkatan tu milik Allah dan Dia yang mencampakkan ke mana-mana saja.Kita patut lebih banyak menghulur sebagai refleksi tanda besyukur.


Nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan buku ni sebagai panduan kita bersama.


Friday, 15 June 2012

Sebelum memilih insuran takaful....



Hari ini saya nak berkongsi sedikit pengalaman berkaitan pemilihan insuran takaful sebagai perlindungan diri dan keluarga semasa kita sakit ataupun susah.Bagi saya jika dah berkeluarga ni, sekurang-kurangnya mestilah ada satu benteng..kot-kot terjadilah perkara buruk kat kita.Sekurang-kurangnya kita tidak menyusahkan keluarga terdekat atau meninggalkan beban hutang kepada anak bini kita.


Sebelum memilih sebarang takaful, mestilah kita kena buat 'research' terlebih dulu nak ambil pelan yang mana sesuai bagi kita.


1.Takaful ni melibatkan tempoh jangka panjang.Yang penting mesti tengok berapa bajet lebihan pendapatan kita yang mampu dikeluarkan untuk membayar pelan insuran ni.


2. Sekarang macam-macam perlindungan yang ditawarkan.Malah ada yang melibatkan instrumen perlindungan + pelaburan, ada yang 1 keluarga dengan 1 polisi dan macam-macam lagi pelan yang ditawarkan.Jadi dapatkan segala info barulah buat pemilihan.Biar ada 2 3 option yang mana terbaik bagi kita supaya skop pandangan dan pengetahuan lebih luas.


3.Set appointment dengan beberapa ejen syarikat takaful yang berlainan untuk dapatkan matlumat dan bertanyakan soalan secara percuma.Berurusanlah dengan ejen yang luas pengetahuan bukan sahaja berkaitan prodak syarikatnya tetapi prodak-prodak syarikat yang lain.Ini supaya kita dapat membuat perbandingan antara pelan-pelan yang ada dan menilai perkongsian matlumat ejen-ejen yang kita jumpa. 


4.Kalau boleh masa jumpa ejen-ejen tersebut, sediakan soalan yang akan ditanyakan.Ini supaya pertemuan tidak hanya jadi sehala.Baca sikit-sikit melalui medium internet untuk dapatkan sedikit gambaran pelan perlindungan yang macamana kita nak dan kemusykilan di minda kita.Yang penting kita kena faham polisi yang kita pilih.Tak faham tanya terus kat ejen untuk penjelasan.


5.Pilihlah ejen-ejen yang tinggal berdekatan dengan anda kerana dia yang akan bertanggungjawab claim insuran bila anda susah nanti.Jangan cari ejen yang hanya tahu nak jual sahaja kemudian senyap.


6.Dapatkan juga pendapat pengguna-pengguna yang lain terlebih dulu.Ibarat kita nak membeli sesuatu barang seperti handphone atau kereta baru, mesti dapatkan pandangan kawan-kawan sekitar kita dulu.Walaupun pelaburan serendah RM100/sebulan, yang penting ia mampu membantu kita di masa kita memerlukan.Boleh dapatkan pandangan melalui internet ataupun teman-teman sekeliling yang dah ambil polisi insuran ni.


7.Dapatkan matlumat di Bank Negara Malaysia yang menyelia syarikat insurans/takaful ini.Boleh try cek kat laman web ni.
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&type=TKF&fund=0&cu=0


8. Kalau ada kenalan di hospital, bolehlah tanya supaya dapat tahu syarikat mana yang terbaik daripada segi pembayaran tuntutan dan sebagainya. 


Takaful dan insuran merupakan teman ketika susah.jadi pastikan kita dapat teman yang mampu membantu ketika kita dilanda musibah kerana tidak semua membantu.Sebelum sign apa-apa polisi buatlah solat sunat istigharah dulu minta petunjuk dari Allah yang mana sesuai untuk kita.Wallahualam..