Friday, 15 June 2012
Sebelum memilih insuran takaful....
Hari ini saya nak berkongsi sedikit pengalaman berkaitan pemilihan insuran takaful sebagai perlindungan diri dan keluarga semasa kita sakit ataupun susah.Bagi saya jika dah berkeluarga ni, sekurang-kurangnya mestilah ada satu benteng..kot-kot terjadilah perkara buruk kat kita.Sekurang-kurangnya kita tidak menyusahkan keluarga terdekat atau meninggalkan beban hutang kepada anak bini kita.
Sebelum memilih sebarang takaful, mestilah kita kena buat 'research' terlebih dulu nak ambil pelan yang mana sesuai bagi kita.
1.Takaful ni melibatkan tempoh jangka panjang.Yang penting mesti tengok berapa bajet lebihan pendapatan kita yang mampu dikeluarkan untuk membayar pelan insuran ni.
2. Sekarang macam-macam perlindungan yang ditawarkan.Malah ada yang melibatkan instrumen perlindungan + pelaburan, ada yang 1 keluarga dengan 1 polisi dan macam-macam lagi pelan yang ditawarkan.Jadi dapatkan segala info barulah buat pemilihan.Biar ada 2 3 option yang mana terbaik bagi kita supaya skop pandangan dan pengetahuan lebih luas.
3.Set appointment dengan beberapa ejen syarikat takaful yang berlainan untuk dapatkan matlumat dan bertanyakan soalan secara percuma.Berurusanlah dengan ejen yang luas pengetahuan bukan sahaja berkaitan prodak syarikatnya tetapi prodak-prodak syarikat yang lain.Ini supaya kita dapat membuat perbandingan antara pelan-pelan yang ada dan menilai perkongsian matlumat ejen-ejen yang kita jumpa.
4.Kalau boleh masa jumpa ejen-ejen tersebut, sediakan soalan yang akan ditanyakan.Ini supaya pertemuan tidak hanya jadi sehala.Baca sikit-sikit melalui medium internet untuk dapatkan sedikit gambaran pelan perlindungan yang macamana kita nak dan kemusykilan di minda kita.Yang penting kita kena faham polisi yang kita pilih.Tak faham tanya terus kat ejen untuk penjelasan.
5.Pilihlah ejen-ejen yang tinggal berdekatan dengan anda kerana dia yang akan bertanggungjawab claim insuran bila anda susah nanti.Jangan cari ejen yang hanya tahu nak jual sahaja kemudian senyap.
6.Dapatkan juga pendapat pengguna-pengguna yang lain terlebih dulu.Ibarat kita nak membeli sesuatu barang seperti handphone atau kereta baru, mesti dapatkan pandangan kawan-kawan sekitar kita dulu.Walaupun pelaburan serendah RM100/sebulan, yang penting ia mampu membantu kita di masa kita memerlukan.Boleh dapatkan pandangan melalui internet ataupun teman-teman sekeliling yang dah ambil polisi insuran ni.
7.Dapatkan matlumat di Bank Negara Malaysia yang menyelia syarikat insurans/takaful ini.Boleh try cek kat laman web ni.
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&type=TKF&fund=0&cu=0
8. Kalau ada kenalan di hospital, bolehlah tanya supaya dapat tahu syarikat mana yang terbaik daripada segi pembayaran tuntutan dan sebagainya.
Takaful dan insuran merupakan teman ketika susah.jadi pastikan kita dapat teman yang mampu membantu ketika kita dilanda musibah kerana tidak semua membantu.Sebelum sign apa-apa polisi buatlah solat sunat istigharah dulu minta petunjuk dari Allah yang mana sesuai untuk kita.Wallahualam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment