Thursday, 21 June 2012
Car Loan Early Settlement Malaysia
Kat sini saya nak berkongsi cara pengiraan baki pembayaran loan kereta kat bank. Selalunya kita boleh berjumpa kerani/personal person/pegawai dekat bank yang kereta kita buat pinjaman untuk melihat samaada pembayaran sebelum ini ada masalah ataupun tidak.
Dalam benak fikiran aku ligat berpusing macamana cara-cara untuk menghabiskan hutang RM19k dengan kadar segera dan pantas.Aku membuat pinjaman kereta selama 7 tahun. Aku sudah pun membuat pembayaran kereta setiap bulan selama hampir 2 tahun. Ditahun hampir tahun ketiga ini jumlah pinjaman aku telah menjadi RM23K.Setiap pembayaran hutang secara cepat/lump sum/full settlement memang boleh dilakukan, malah mendapat diskaun/rebet.Car loan finance ni tak sama dengan personal loan sebab pengiraannya interest x jumlah pinjaman x tenure.
Jika aku berhasrat membayar sekaligus hutang kereta, maknanya aku hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM19K sahaja dan RM4K tidak perlu dibayar dan dianggap sebagai diskaun. Perlu diingatkan yang pegawai itu juga mengatakan jika hutang kenderaan tinggal RM+/-5000, maka diskaun tidak akan diberikan.
Bila balik rumah aku mencari cari info berkaitan “Car Loan Early Settlement Malaysia” ini dan rupanya terdapat “Car Loan Settlement Calculator” untuk membuat kira kira berapakah diskaun yang boleh kita dapati jika membuat “early settlement”. jika ingin mencuba boleh lah melawat website ini dan ketahui diskaun “Car Loan Early Settlement Malaysia” korang boleh test sendiri disini.
http://www.autoworld.com.my/v2/tools/loan_settlement.asp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment