Hidup kita ni sebenarnya tidak boleh lari dari risiko.kalau nak dikira masa kelahiran kita juga adalah risiko yang boleh menyebabkan kematian ibu atau diri kita sendiri.Nak pergi kerja pun risiko dilanggar,dibuang kerja.Makan pun kita berisiko dapat penyakit kalau terlebih makanan, makanan basi ke, tak sedap ke dan macam-macamlah.Kita tak cukup makan pun berisiko juga.Pendek kata semua perkara yang kita lalui setiap hari penuh dengan pelbagai risiko.Kalau nak dihurai memang panjang.Hidup itu sendiri risiko, bukannya cara untuk mengelakkan risiko.
Sebenarnya SYARAT DAN PRINSIP untuk berjaya kenalah mengambil risiko.Jadi kalau tak nak menempuh risiko maknanya kita tak nak berjaya.hehe...Yang lebih berisiko bila kita tidak berani dan mengelakkan diri dari membuat sesuatu.Apa makna kalau nak elak risiko tapi datang pula risiko yang lebih besar.Itulah risiko yang SEBENARNYA.Sebagai contoh-saya dah jumpa peluang tapi sebab tak ambil tindakan (ambil risiko la), terlepas begitu sahaja lepas tu datang balik tapi perlu membayar harga yang mahal untuk peluang yang belum tentu lagi dapat hasil yang baik.
Kita hanya ada satu pilihan sahaja samaada pilih untuk berjaya ataupun pilih untuk gagal.Kita hanya perlu melakukannya sahaja.JUST DO IT!.Untuk menikmati kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan sebenar, kita mesti BERANI GAGAL dan berani MENANGGUNG RISIKO!.
No comments:
Post a Comment