Rasanya belum terlewat untuk aku Ucapkan selamat datang untuk bulan penuh barakah ni.Syukur diketemukan lagi untuk tahun ini.Kita dah pun melepasi 10 hari bulan pertama yang dijanjikan Allah rahmat buat hambanya (kita la tu).
Banyak kelebihan menanti kita di bulan puasa ni.Antaranya:-
1.Amal kita digandakan pahala.Yela benda ni tak nampak tapi kalau kita buat dengan bersungguh-sungguh kita akan rasa kesan pada hati.Hati jadi lebih khusyuk dan tenang.Kita jadi lebih dekat dengan pencipta kita.
Nak-nak buat amal ibadat ker cam sedekah banyak (digandakan pahala), mangaji Al-Quran ke, dengar majlis ilmu ker dll.
2.Inilah peluang nak menyambung silaturahim antara kita.Jadikan bulan ni 'turn point' untuk rapatkan kembali hubungan dengan sanak sedara dan kawan-kawan yang dah lama tidak dihubungi.Carilah no telefon kawan lama ker, mak cik ke, pak cik ke, sepupu, ke dan lain-lain.Mulakan dengan wish kat diaorang 'Selamat manyambut Ramadhan '.Nanti pandailah-pandailah tambah hantar mesej apa lagi untuk sambungan.Dengan menyambung silaturahim hubungan bertambah erat dan pintu rezeki dibukakan lagi oleh Allah.
3. Banyak masa yang lebih bermanfaat untuk digunakan.
Kan dah hilang masa makan dan lepak kat kedai siang hari. Selalu lepas makan mengantuklah dan rasa nak tidur.
4.Bulan ini jugak kita boleh berjimat cermat bab duit.Walaupun kita tengok banyak bazar-bazar ramadhan wujud disekitar kita,janganlah dok ikut nafsu makan sangat.Beli banyak-banyak kalau tak habis membazir namanya.Makan ala kada sahaja dan masa berbuka mulakan dengan makan kurma untuk dapatkan kembali tenaga kita yang hilang.
5.Dapat jugak tambah hari solat malam.Sebelum ni kan kita memang culas nak bangun solat malam.Jadi set kan bangun awal sikit untuk bersahur.Sebelum bersahur tu curi-curilah masa untuk solat malam jap.At least buat lah 2 rakaat solat sunat tahajud.
6.Kalau kita tengok bulan ramadhan anak-anak yatim, orang-orang susah, ramai yang membantu depa ni.Ada yang buat majlis terbuka dengan diaoranglah, tolong jamu makan berbuka la, beli pakaian rayalah.Memamg kita digalakkan membantu meringankan beban diaorang ni dan dijanjikan Allah balasan berlipat ganda dari Allah.
Banyak lagi kelebihannya yang tak dapat diungkapkan.Bila kita renung memang bulan ni penuh dengan seribu rahmat daripada Allah
No comments:
Post a Comment