(Ni saya dengar Ustz Zulramli di radio IKIM)Nak Tahu sama ada kita bahagia ke tak? Cuba cek tengok 3 perkara :-
1.Pasangan kita - suami/istei
2.kenderaan yang selesa
3.Rumah yang kita diami
Kalau kita sengsara cuba cek tengok 3 perkara dia atas juga. (Ini semua berada pada sekeliling kita je!).Jika diteliti 3 perkara di atas semuanya adalah amanah daripadaNya kepada kita dan akan dituntut haknya nanti seperti duit yang kita dapat daripada gaji atau benaga.Gunakan amanah sebaik-baiknya dan laburkan ke jalan untuk mendapat keredhaan Allah.
Yang penting kita mesti ingat kita ini sebagai orang asing di dunia ini.Sekadar singgah sahaja di sesuatu tempat sebelum kita menuju ke destinasi seterusnya.Buatlah cara orang menumpang sebelum pulang ke tempat asal kerana di sana kekal abadi.
Thursday, 29 March 2012
Tuesday, 27 March 2012
Jauhkan sihir dari keluarga
Jika sesuatu keluarga tidak bahagia, isteri tidak boleh tengok suami dan sebaliknya, selalu bertengkar, boleh jadi institusi rumahtangga terkena sihir.Mungkin ada orang lain yang tidak mahu lihat kita bahagia dan juga dendam masa lalu.Di sini saya hendak berkongsi serba sedikit amalan boleh kita lakukan untuk mengelakkan unsur sihir ini masuk ke dalam keluarga kita.Ini saya dengar daripada radio dalam kereta.
1. Boleh amalkan baca Surah Al-kahfi dari ayat 1-10.
2. Surah Toha ayat 1-5 ( seeloknya diamalkan selepas solat berjemaah dan ditiupkan kat dahi isteri ).Bagi yang baru kawen boleh cuba amalkan tetapi yang dah lama kawen agak kekok jugak. Islam menggalakkan kita solat berjemaah agar ikatan suami isteri kukuh di bawah lindungan Allah.
3. Ayat kursi pun bagus untuk diamalkan.Selalulah kita baca selepas solat lima waktu.
4. Sedekah Al-Fatihah untuk isteri / suami.Kita suami isteri saling memberi sedekah agar pasangan sentiasa dilindungi Allah. Besar manfaatnya Surah ini.
Sunday, 25 March 2012
Erti Sabar + Syukur
Kelmarin saya sempat dengar ceramah kat radio IKIM berkenaan topik di atas.Di sini suka nak berkongsi point-point yang sempat saya dengar dan berkongsi untuk manfaat kita bersama.
1. Sebenarnya Allah dah menjamin jika kita bersyukur maka Allah akan tambahkan lagi nikmat.Tapi selalunya kita hanya pandang dari sudut material / luaran / kebendaan sahaja.Kita lupa yang nikmat boleh datang dari banyak sudut seperti kesihatan, ketenangan, keluarga bahagia,anak yang comel dan macam-macam lagi.
2. Contoh tanda kita bersyukur sprt bila kita dapat duit gaji kita beri sedekah / zakat untuk bersihkan pendapatan kita dari pencemaran.
3. "Bekerjalah seperti kita hidup seribu tahun tetapi beribadatlah seperti kita mati esok".selalu dengar kan ayat ni? Dalam Islam kerja dan ibadat adalah benda yang sama.Kerja ialah ibadat umum.Semua kerja kita buat dikira sebagai ibadat.Walhal masuk tandas pun dikira ibadat jika kena adab tertibnya.Cantik kan Islam?
4. Kita selalu fikir alat ibadat kita ialah tasbih dan tikar sejadah tetapi sebenarnya kenderaan yang kita guna ke tempat kerja, mouse, komputer yang kita guna dan lain-lain adalah alat-alat ibadat.Sungguh luas pengertian ibadat ni.Marilah sama-sama kita jadikan tempat kerja kita sebagai sejadah untuk ibadat kita.
5. Orang kaya yang syukur lebih mulia dari orang miskin yang sabar.Kenapa? Bila kita bersyukur kita dapat berkongsi kesyukuran dengan menyumbang kepada orang sekeliling kita.Tapi kedua-duanya bagus.Nabi kita pernah melalui dalam kedua-dua keadaan iaitu semasa susah dan semasa senang seperti mendapat harta rampasan perang.Kenapa Nabi melalui dua-dua keadaan tersebut? Tujuan ialah untuk memberi contoh dan tarbiah yang menjadi pengajaran kepada kita. Ambillah Nabi sebagai ikutan panduan dalam kehidupan kita seharian kerana panduan dah lengkap.
Itulah sedikit perkongsian dari saya.Semoga kita semua dirahmati Allah s.w.t selalu.

Thursday, 22 March 2012
Paranan perkataan S.A.T.U
Entri kali ini saya nak berkongsi apakah maksud S.A.T.U.Sebenarnya saya dapat perkataan ni dari bapa saya semasa kecil dulu.katanya nak berjaya kita mesti praktikkan perkataan ini dalam tugasan kita.
S- sedia , A- awal , T- tumpu , U- ulangkaji
1.Sedia Awal
- Dalam apa-apa keja yang kita buat mesti bersedia dari awal.contohnya semasa belajar dulu sebelum masuk kelas, bapa ajar untuk saya lakukan sedikit persediaan untuk kelas esok.Kenapa?sebab tak nak bagi kelam kabut.Ini menandakan kita bersedia untuk serap segala ilmu dan dah tahu serba sedikit tentang perkara yang akan diajar.sama jugak masa kerja sekarang.kalau tak bersedia dari awal, alamak kelam-kabut dan kita jadi cepat stress.
2.Tumpu
- Dalam lain perkataan ialah Focus (follow one course until success).Kalau nk berjaya mesti fokus sesuatu perkara.Otak kita hanya boleh fikir sesuatu perkara sahaja dalam satu masa.Ada buku yang saya baca mengatakan bila kita dilanda masalah/ kerunsingan, sibukkan diri dengan sesuatu perkara lain sampai kita xder masa nak fikirkan kerungsingan tersebut.
3.Ulangkaji
-Bila kita dah buat/amalkan sesuatu perkara mesti kita nilai / kaji keberkesanannya. Dengan mengulangkaji jugak pemahaman kita lebih jelas dan matlumat lebih jelas tersimpan dalam memori ingatan kita.Ia juga dapat kesan apakah cara kita buat selari atau tak dengan apa yang kita nak sebenarnya.
Pss : Ingat lagi masa tu nak dekat exam, apapun terima kasih bapa kerana mendidik saya menjadi insan.
Wednesday, 14 March 2012
Visi dan Misi (V&M)
Di dalam melakukan sesuatu perkara kita mesti ada V&M untuk dicapai.Ramai yang keliru apa itu pengertian misi,visi dan contoh-contoh terdekat.
Sebenarnya V&M adalah saling bersandaran.Mengikut pemahaman saya VISI (vision) ialah cita-cita atau impian yang kita ingin capai di masa hadapan (want to be)
Misi (mission) ialah apa usaha yang kita perlu lakukan untuk mencapai visi tersebut.
Contoh saya menulis blog ini :-
Visi - Berkongsi segala ilmu dengan pelawat yang datang untuk manfaat bersama sebagai pencen kubur.
Misi -
1. konsisten untuk sentiasa tambah entri di blog ini
2. Sentiasa 'upgrade' blog ini agar sentiasa selesa+ menarik untuk dikunjungi
3. Hanya mencadangkan prodak- prodak yang berkualiti sahaja.
5. Review buku- buku yang telah dibaca / dibeli.
Itu antara contoh yang saya berikan berkenaan V&M untuk blog ini.Kalau V&M ini digunapakai dalam sesebuah organisasi dan dihayati bersama, maka makin kuatlah organisasi tersebut kerana semua menuju satu arah/matlamat.Seperti contoh petikan dari Sony
Psst : Kalau boleh selalulah update V&M kita sehingga kita berpuas hati.Setiap orang ada V&M tersendiri yang berbeza.Janji tulis

Lima puluh tahun dari sekarang, nama kami akan terkenal seluruh dunia…dan akan bersaing dalam inovasi dan kualiti dengan pesaing dimanapun didunia.…. ketika itu, “Made in Japan” akan mempunyai maksud yang bagus, bukan sesuatu yang pelik (Sony, tahun 1950-an)
Psst : Kalau boleh selalulah update V&M kita sehingga kita berpuas hati.Setiap orang ada V&M tersendiri yang berbeza.Janji tulis
Tuesday, 13 March 2012
Hitung kesyukuran, bukan kesusahan
Saya tertarik bila mendengar ceramah radio IKIM membicarakan tentang tajuk di atas.Setiap hari proses kehidupan yang kita lalui menempuh berbagai cabaran.Ada yang manis dan ada yang tak manis.
Sesungguhnya kalau kita hitung kesyukuran kita akan rasa lebih bahagia dan tenang.Ia berkait rapat dengan emosi / tindakan dari peristiwa / perkara yang terjadi ke atas diri kita.
Saya ulas sikit perbincangan tajuk tersebut:-
1. Ceramah itu ada menyebut "Sesiapa yang tidak sabar dengan sedikit, tidak akan bersyukur dengan yang banyak"
2. Syukur lawan kufur - Syukur ada 3 jenis

- kalbi ( hati )
- kauli ( lidah )
- perbuatan
4. Tanda kita syukur - rezeki kita dapat disalurkan ke mana? kalau susah nak salurkan kepada perkara-perkara yang baik atau bermanfaat seperti untuk keluarga dan masyarakat, mungkin ada something wrong dari punca rezeki yang kita dapat.jadilah kita seperti lebah - menghisap bunga ( tempat yang baik ) dan menyumbang pula ke arah kebaikan ( menghasilkan madu )
Jadi untuk bahagia dunia dan akhirat - hendaklah waspada apa yang kita nak.Jadilah kita orang yang bahagia dan membahagiakan
Monday, 12 March 2012
5 perkara sebelum kita melakukan sesuatu pekerjaan
Hari ini nk post 5 perkara kita sebelum kita melakukan sesuatu pekerjaan
1. Niat - Apa - apa perkara nak dilakukan mesti bermula dengan niat.Yang paling utama mendapat keredhaan Allah
2. Sah - apakah jatuh halal atau haram? Matlamat tidak menghalalkan cara.
3. Apakah kita lakukan dengan cara terbaik - yang penting adalah ILMU.perkara yang kita lakukan dikira sebagai ibadat. Punca segala ibadat ialah LMU.
4. Jangan sampaikan kita tinggalkan perkara asas - SOLAT (tiang agama), zakat, puasa dan lain- lain.
5. Kesan / natijah - kesan dari segi material atau hati. Yang paling baik ialah kedua-duanya dapat hasil
Subscribe to:
Posts (Atom)