Sunday, 25 March 2012

Erti Sabar + Syukur

Kelmarin saya sempat dengar ceramah kat radio IKIM berkenaan topik di atas.Di sini suka nak berkongsi point-point yang sempat saya dengar dan berkongsi untuk manfaat kita bersama.


1. Sebenarnya Allah dah menjamin jika kita bersyukur maka Allah akan tambahkan lagi nikmat.Tapi selalunya kita hanya pandang dari sudut material / luaran / kebendaan sahaja.Kita lupa yang nikmat boleh datang dari banyak sudut seperti kesihatan, ketenangan, keluarga bahagia,anak yang comel dan macam-macam lagi.




2. Contoh tanda kita bersyukur sprt bila kita dapat duit gaji kita beri sedekah / zakat untuk bersihkan pendapatan kita dari pencemaran.


3. "Bekerjalah seperti kita hidup seribu tahun tetapi beribadatlah seperti kita mati esok".selalu dengar kan ayat ni? Dalam Islam kerja dan ibadat adalah benda yang sama.Kerja ialah ibadat umum.Semua kerja kita buat dikira sebagai ibadat.Walhal masuk tandas pun dikira ibadat jika kena adab tertibnya.Cantik kan Islam?


4. Kita selalu fikir alat ibadat kita ialah tasbih dan tikar sejadah tetapi sebenarnya kenderaan yang kita guna ke tempat kerja, mouse, komputer yang kita guna dan lain-lain adalah alat-alat ibadat.Sungguh luas pengertian ibadat ni.Marilah sama-sama kita jadikan tempat kerja kita sebagai sejadah untuk ibadat kita.


5. Orang kaya yang syukur lebih mulia dari orang miskin yang sabar.Kenapa? Bila kita bersyukur kita dapat berkongsi kesyukuran dengan menyumbang kepada orang sekeliling kita.Tapi kedua-duanya bagus.Nabi kita pernah melalui dalam kedua-dua keadaan iaitu semasa susah dan semasa senang seperti mendapat harta rampasan perang.Kenapa Nabi melalui dua-dua keadaan tersebut? Tujuan ialah untuk memberi contoh dan tarbiah yang menjadi pengajaran kepada kita. Ambillah Nabi sebagai ikutan panduan dalam kehidupan kita seharian kerana panduan dah lengkap.





Itulah sedikit perkongsian dari saya.Semoga kita semua dirahmati Allah s.w.t selalu.

No comments:

Post a Comment