Entri kali ini saya nak berkongsi apakah maksud S.A.T.U.Sebenarnya saya dapat perkataan ni dari bapa saya semasa kecil dulu.katanya nak berjaya kita mesti praktikkan perkataan ini dalam tugasan kita.
S- sedia , A- awal , T- tumpu , U- ulangkaji
1.Sedia Awal
- Dalam apa-apa keja yang kita buat mesti bersedia dari awal.contohnya semasa belajar dulu sebelum masuk kelas, bapa ajar untuk saya lakukan sedikit persediaan untuk kelas esok.Kenapa?sebab tak nak bagi kelam kabut.Ini menandakan kita bersedia untuk serap segala ilmu dan dah tahu serba sedikit tentang perkara yang akan diajar.sama jugak masa kerja sekarang.kalau tak bersedia dari awal, alamak kelam-kabut dan kita jadi cepat stress.
2.Tumpu
- Dalam lain perkataan ialah Focus (follow one course until success).Kalau nk berjaya mesti fokus sesuatu perkara.Otak kita hanya boleh fikir sesuatu perkara sahaja dalam satu masa.Ada buku yang saya baca mengatakan bila kita dilanda masalah/ kerunsingan, sibukkan diri dengan sesuatu perkara lain sampai kita xder masa nak fikirkan kerungsingan tersebut.
3.Ulangkaji
-Bila kita dah buat/amalkan sesuatu perkara mesti kita nilai / kaji keberkesanannya. Dengan mengulangkaji jugak pemahaman kita lebih jelas dan matlumat lebih jelas tersimpan dalam memori ingatan kita.Ia juga dapat kesan apakah cara kita buat selari atau tak dengan apa yang kita nak sebenarnya.
Pss : Ingat lagi masa tu nak dekat exam, apapun terima kasih bapa kerana mendidik saya menjadi insan.
No comments:
Post a Comment