Monday, 1 October 2012

tiada jaminan hidup ini


Sebenarnya kehidupan ini dah termaktub dalam Luh Mahfuz.Cuma aku tak tahu penentuan hidup ini sebab rahsia Pencipta dan Dia sajalah yang mengetahuinya.Kita hanya disaran untuk berusaha.Dunia hanya tempat persinggahan buat sementara waktu sahaja.Setiap hari aku berdepan dengan ujian dan cabaran yang tak tahu sejak sebelum lahir lagi sehinggalah sekarang.

Tiada jaminan keluar dari perut ibu, tanpa cacat cela.Tiada jaminan untuk kita berjaya dalam pelajaran, kemudian berjaya pulak di alam perkerjaan.Tiada jaminan kita akan berjaya mendapat pekerjaan yang dikehendaki bila tamat belajar di universisti.Tiada jaminan kita akan 'stay' di suatu tempat bekerja sahaja.Tiada jaminan kita ke tempat kerja dengan selamat dari sebarang bencana seperti tayar pancit, hujan ditengah jalan, dll.Jika bergembira sekarang , tiada jaminan untuk kita berduka kembali dan sebaliknya.Tiada jaminan dalam hidup orang yang rapat dan kita sayang sentiasa bersama kita menanti untuk menempuh segala ombak badai yang datang.Sedar-sedar orang yang bersama kita berjalan pergi dari hidup kita.Tiada jaminan untuk hidup kita kekal bahagia.Yang penting tiada kepastian akan hidup esok, bahkan tiada jaminan untuk menikmati hidup ini beberapa minit lagi.Yang ada hanyalah harapan

Inilah realiti kehidupan.Semua perjalanan hidup ini tiada jaminannya.Selagi kita berdaya berusaha, BUATLAH SEKARANG!!!.Sesungguhnya yang paling jauh dengan kita adalah masa yang terlepas.Yang paling dekat dengan kita - MATI.Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang - Samuel Johnson

Wednesday, 12 September 2012

Temuduga di IKSB

Semalam aku sempat menghadiri temuduga di pejabat Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) di Mutiara Damansara sebagai Sales Exec.Sebenarnya ini percubaan untuk lari dari bidang/skop aku sebelum ini yang lebih kepada teknikal untuk terlibat dalam pemasaran / marketing pelanggan.Ditambah pulak semalam "off day" dan tempat pun tak jauh dari rumah aku, jadi ambik kesempatan ni untuk kenal pejabat IKSB.mana tau kot-kot boleh jumpa Irfan Khairi kan.hehe...

Temuduga bermula jam 9:30pagi dan aku sampai "ngam-ngam" waktu tersebut.Tengok2 dah ramai yang datang untuk temuduga jugak.Tak tahulah bidang sama atau tak dengan aku.Sama la kot...Aku duduk menunggu.Tak lama kemudian terus dipanggil naik ke bilik atas untuk ditemuduga.First time masuk bilik punyalah cantik

Seperti dijangka aku tak lulus temuduga sebab berbeza dari skop kerja aku sekarang dan aku tak dapat meyakinkan penemuduga untuk mengambil aku bekerja.Bila ditanya kenapa aku nak bekerja sebagai Sales Exec-sebab aku nak dapatkan pengalaman dibidang pemasaran (takkan diorang nak ajar kan dari mula), nak bekerja dengan Irfan Khairi ( job ni bukan bekerja bersama big boss tapi sebagai marketing untuk prodak beliau) dan hendak ,memulakan bisnes (diaorang suruh aku ambik kelas untuk belajar marketing dengan Irfan Khairi).Last sekali sebelum balik sempat aku bertanya produk yang akan dipasarkan -  
minuman "power boost" dan "majalah IK".

Itu antara pengalaman di pejabat IKSB di pagi selasa.Nak berjaya kita perlu fokus apa yang kita nak dan minat.Aku tak dapat jumpa IK tak per sebab dapat baca "free" majalah IK.Dapat tambah sikit ilmu yang berguna untuk diamalkan.

Friday, 31 August 2012

HANYA FOKUS pada ilmu untuk Beramal


Tujuan post ni untuk berkongsi tentang ilmu untuk beramal.Kita dituntut untuk sentiasa menuntut ilmu.Dengan ilmu kita dipandang tinggi.Pernah dengar tak “ dengan harta kita kena jaga, ilmu akan jaga harta kita”.Selalulah kita menghadiri majlis ilmu di surau/masjid terdekat untuk lebih dekat dengan Allah.Lebih tinggi manfaat dari dok ibadat sahaja.



Nak berkongsi sebenarnya selama hidup (dah hampir 30 dekad) ini saya pun dah banyak membazir  banyak masa melakukan perkara yang tidak diamalkan pun.Kalau nak tahu saya jenis yang suka membaca, kadang-kadang e-meil yang dihantar disimpan tanpa dibaca.Satu hari saya buka balik folder yang save, melambak fail2 yang tak dibaca.

Kalau kita hanya membaca melalui teori tanpa amal memang tak akan kekal lama dalam fikiran kita. Kalau beramal memang menjadi tabiat (minda bawah sedar dah set jaln dalam otak kita) dan nampak hasilnya.Sebab itu puasa kena sebulan, sebab kita nak ambil tabiat untuk diamalkan berterusan.Seperti mengaji Quran setiap hari, solat tahajud malam, berjaemaah subuh di surau dan lain-lain amalan.

Nasihat saya, kita kena set apa yang nak dibuat setiap hari,list down dalam handphone ataupun kertas - pecah kepada dua note.
1)untuk perkara yang perlu dibuat.
- Ikut turutan dari yang penting dahulu
2)perkara yang telah diselesaikan.
-kita akan terkejut dengan perkara yang kita dah lakukan.lagi-lagi masa cuti.Banyak benda tertangguh ataupun yang perlukan banyak masa boleh kita lakukan.

Ini untuk kita "filter" apa yang perlu supaya tenaga dan masa kita focus dalam sesuatu masa.

Psst : malu pada kakak yang dah start bisnes tapi aku ni apapun tak mula lagi.Tiada hasil tanpa tindakan

Monday, 30 July 2012

Selamat Datang bulan Ramadhan

Rasanya belum terlewat untuk aku Ucapkan selamat datang untuk bulan penuh barakah ni.Syukur diketemukan lagi untuk tahun ini.Kita dah pun melepasi 10 hari bulan pertama yang dijanjikan Allah rahmat buat hambanya (kita la tu).
Banyak kelebihan menanti kita di bulan puasa ni.Antaranya:-


1.Amal kita digandakan pahala.Yela benda ni tak nampak tapi kalau kita buat dengan bersungguh-sungguh kita akan rasa kesan pada hati.Hati jadi lebih khusyuk dan tenang.Kita jadi lebih dekat dengan pencipta kita.
Nak-nak buat amal ibadat ker cam sedekah banyak (digandakan pahala), mangaji Al-Quran ke, dengar majlis ilmu ker dll.


2.Inilah peluang nak menyambung silaturahim antara kita.Jadikan bulan ni 'turn point' untuk rapatkan kembali hubungan dengan sanak sedara dan kawan-kawan yang dah lama tidak dihubungi.Carilah no telefon kawan lama ker, mak cik ke, pak cik ke, sepupu, ke dan lain-lain.Mulakan dengan wish kat diaorang 'Selamat manyambut Ramadhan '.Nanti pandailah-pandailah tambah hantar mesej apa lagi untuk sambungan.Dengan menyambung silaturahim hubungan bertambah erat dan pintu rezeki dibukakan lagi oleh Allah.


3. Banyak masa yang lebih bermanfaat untuk digunakan. Kan dah hilang masa makan dan lepak kat kedai siang hari. Selalu lepas makan mengantuklah dan rasa nak tidur.


4.Bulan ini jugak kita boleh berjimat cermat bab duit.Walaupun kita tengok banyak bazar-bazar ramadhan wujud disekitar kita,janganlah dok ikut nafsu makan sangat.Beli banyak-banyak kalau tak habis membazir namanya.Makan ala kada sahaja dan masa berbuka mulakan dengan makan kurma untuk dapatkan kembali tenaga kita yang hilang.


5.Dapat jugak tambah hari solat malam.Sebelum ni kan kita memang culas nak bangun solat malam.Jadi set kan bangun awal sikit untuk bersahur.Sebelum bersahur tu curi-curilah masa untuk solat malam jap.At least buat lah 2 rakaat solat sunat tahajud.


6.Kalau kita tengok bulan ramadhan anak-anak yatim, orang-orang susah, ramai yang membantu depa ni.Ada yang buat majlis terbuka dengan diaoranglah, tolong jamu makan berbuka la, beli pakaian rayalah.Memamg kita digalakkan membantu meringankan beban diaorang ni dan dijanjikan Allah balasan berlipat ganda dari Allah.


Banyak lagi kelebihannya yang tak dapat diungkapkan.Bila kita renung memang bulan ni penuh dengan seribu     rahmat daripada Allah

Thursday, 12 July 2012

Bagaimana nak menangani risiko

Manusia asalnya suka memilih perkara yang senang dan kalau boleh mahu mengekalkan keadaan sekarang.Kononnya nak mengatakan kita ni bersikap berhati-hati dalam menjalani kehidupan yang selamat dengan mengelak diri dari menempuh ataupun menanggung risiko.Hakikatnya kita tidak gembira, merasa bosan, kekurangan, tidak mampu malahan tidak selamat.


Hidup kita ni sebenarnya tidak boleh lari dari risiko.kalau nak dikira masa kelahiran kita juga adalah risiko yang boleh menyebabkan kematian ibu atau diri kita sendiri.Nak pergi kerja pun risiko dilanggar,dibuang kerja.Makan pun kita berisiko dapat penyakit kalau terlebih makanan, makanan basi ke, tak sedap ke dan macam-macamlah.Kita tak cukup makan pun berisiko juga.Pendek kata semua perkara yang kita lalui setiap hari penuh dengan pelbagai risiko.Kalau nak dihurai memang panjang.Hidup itu sendiri risiko, bukannya cara untuk mengelakkan risiko.

Sebenarnya SYARAT DAN PRINSIP untuk berjaya kenalah mengambil risiko.Jadi kalau tak nak menempuh risiko maknanya kita tak nak berjaya.hehe...Yang lebih berisiko bila kita tidak berani dan mengelakkan diri dari membuat sesuatu.Apa makna kalau nak elak risiko tapi datang pula risiko yang lebih besar.Itulah risiko yang SEBENARNYA.Sebagai contoh-saya dah jumpa peluang tapi sebab tak ambil tindakan (ambil risiko la), terlepas begitu sahaja lepas tu datang balik tapi perlu membayar harga yang mahal untuk peluang yang belum tentu lagi dapat hasil yang baik.

Kita hanya ada satu pilihan sahaja samaada pilih untuk berjaya ataupun pilih untuk gagal.Kita hanya perlu melakukannya sahaja.JUST DO IT!.Untuk menikmati kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan sebenar, kita mesti BERANI GAGAL dan berani MENANGGUNG RISIKO!.


Yang penting fokus dan berfikiran positif disertakan TINDAKAN BERKESAN.Baru dilandasan bernafaskan kejayaan. Binalah kekayaan tanpa modal iaitu SIKAP.Duk diam dan mengeluh hanya menambahkan kemiskinan dan kegagalan.Terlebih rehat dan tidur pula hanya melebihkan hutang.


Saturday, 7 July 2012

Senarai Antivirus terbaik untuk window OS.


Seperti yang kita tahu antivirus merupakan program yang dicipta oleh penggodam supaya mereka boleh mengambil matlumat peribadi atau data-data penting dalam sistem komputer kita. So kalau nak halang niat jahat ni kenalah guna perisian antivirus untuk 'protect' kita punya perisian dan data computer kita.  

Macam yang kita tengok sekarang ni ramai yang sedang mencari antivirus terbaik untuk melindungi komputer diaorang dan sepatutnya setiap komputer harus mempunyai satu perisian antivirus terbaik.Jadi kat sini saya nak listkan senarai 5 antivirus yang teratas.

1.Bitdefender antivirus
Antivirus ini mempunyai kelajuan pengimbas yang hebat dan ciri-ciri keselamatan yang berkesan .Ia juga menyediakan antispyware, kawalan privasi untuk peranti keselamatan peribadi,kawalan pengguna dan bantuan untuk pengguna.Bitdefender 2012 juga tawarkan perlindungan untuk laman rangkaian social seperti Facebook dan juga Twitter.

2. Kaspersky Antivirus
Dicipta oleh Eugene Kaspersky. Sekarang ni dikenali sebagai Kaspersky Lab.Sebelum ni diiktiraf oleh pengguna-pengguna seluruh dunia dan berada di tempat nombor satu untuk satu tempoh yang panjang sehinggalah diambilalih oleh Bitdefender tahun lepas.Dikenali kerana pengimbas pintar dan tetap menjadikan komputer kita run secara lancar untuk menjalankan aktiviti kita.


3.ESET NOD32
Boleh dianggap sebagai set antivirus paling ringan dan system pertahanan yang bijak untuk melindungi computer kita tanpa mengganggu kita dengan pop-up atau 'prompts'.Satu ciri penting juga ialah “self-defense” iaitu blok application untuk load dan juga external drive seperti pendrive.Dia juga boleh scan secara automatik.Kira banyak buat kerja belakang tabirlah lebih kurang.


4.Norton Antivirus
Dibangunkan oleh Symantec Corporation.Ianya antara antivirus tertua yang mana masih terbukti menjadi antivirus terbaik untuk platform windows.Dah banyak kali menang anugerah dalam menyediakan penyelesaian keselamatan yang cepat dan teguh.Ini antara antivirus yang boleh kita percayai. Ianya menyediakan keselamatan pelbagai lapisan melalui Norton Protection System dan memberi perlindungan terhadap serangan-serangan yang berasaskan Web.Mungkin ini antara antivirus yang paling cekap yang boleh dipercayai.



5.Panda Cloud Pro Antivirus
Dia ni mengambil tempat kelima kerana mempunyai ciri-ciri utama teknologi 'Truprevent' yang mana mampu mejadikan sistem kita selamat bila diserang oleh virus yang tak dikenali.Ianya menguji sistem yang berjalan secara tetap dalam komputer kita dan mengasingkan ancaman-ancaman.Diberi nama ‘cloud’ sebab database virus ni disimpan bukan dalam PC kita.
Jadi inilah senarai 5 antivirus terbaik untuk OS windows.Jika rasa nama-nama yang disebut diatas bukan terbaik, boleh bagi komen.
Lagi satu kalau nak beli lesen ( dalam bentuk key) boleh hubungi saya.kat bawah ni saya sertakan harga untuk setiap lesen antivirus tersebut.

Bitdefender Internet Security 2012 (1year-1pc) - RM30
Bitdefender Internet Security 2012 (2year-1pc) - RM35
Bitdefender Internet Security 2012 (3year-1pc) - RM40
Bitdefender Internet Security 2012 (1year-3pc) - RM40
Bitdefender Internet Security 2012 (2year-3pc) - RM45
Bitdefender Internet Security 2012 (3year-3pc) - RM50

Bitdefender Antivirus 2012 (1year-1pc) - RM30
Bitdefender Antivirus 2012 (2year-1pc) -RM35
Bitdefender Antivirus 2012 (3year-1pc) - RM40
Bitdefender Antivirus 2012 (1year-3pc) - RM40
Bitdefender Antivirus 2012 (2year-3pc) - RM45
Bitdefender Antivirus 2012 (3year-3pc) - RM50

Kaspersky Internet Security 2012 (1year-1pc) - RM25

ESET Smart Security 5.0 (half year-1pc) - RM30
ESET Smart Security 5.0 (2year-1pc) - RM65
ESET Smart Security 5.0 (2year-2pc) - RM90
ESET Smart Security 5.0 (2year-3pc) - RM110
ESET Smart Security 5.0 (3year-3pc) - RM180
ESET Nod32 Antivirus (half year-1pc) - RM27

Norton Antivirus 2012 (1year-1pc) - RM35
Norton Antivirus 2012 (1year-2pc) - RM45
Norton Antivirus 2012 (1year-3pc) - RM55
Norton Internet Security 2012 (1year-1pc) - RM35
Norton Internet Security 2012 (1year-2pc) - RM45
Norton Internet Security 2012 (1year-3pc) - RM55
Norton Internet Security 2012 (2year-1pc) - RM45
Norton Internet Security 2012 (2year-2pc) - RM65
Norton Internet Security 2012 (2year-3pc) - RM85
Norton 360 (1year-1pc) - RM35
Norton 360 (1year-2pc) - RM45
Norton 360 (1year-3pc) - RM55
Norton 360 (2year-1pc) - RM45
Norton 360 (2year-2pc) - RM65
Norton 360 (2year-3pc) - RM85

Panda Internet Security 2011 (1year-3pc) - RM25
Panda Internet Security 2012 (1year-1pc) - RM25


Monday, 25 June 2012

Rawatan gigi di Klinik Kesihatan Kelana Jaya

Hari ini aku gunakan waktu terluang pagi untuk dapatkan rawatan sakit gigi di tingkat 1 Klinik Kesihatan Kelana Jaya.Maklumlah tak ambil berat pasal kesihatan gigi begini lah jadinya.Gigi pun dah tinggal tunggul tunggu masa nak jatuh je.Lagipun pergi jumpa doktor gigi ni pun termasuk dalam tugas perlu dilaksanakan untuk bulan 6 ni.Bulan depan dah nak start puasa.Tambahan kot-kot sibuk dengan benda-benda lain pulak.



Sampai kat sana pukul 10.00 pagi dah ramai pesakit dari pelbagai kaum datang untuk menggunakan kemudahan kerajaan ni.Bila sampai giliran masuk bilik rawatan terus cakap kat doktor (doktor perempuan lawa jugak; bilik 3.. :-)) nak cabut gigi.Susah jugak nak buang gigi aku ni sebab tunggulnya tinggal sikit sahaja.Siap kena doktor cakap kena potong tulang gusi untuk cabut keluar.Apakan daya tak boleh jugak.Last2 tengok doktor pempuan tu pun dah give up.Terus dia suruh datang balik untuk set appointment minggu depan - awal bulan 7.Laaa kena datang lagi gamatnya.

Nasihat saya kalau nak datang ke klinik tu silalah bawa tuala kecil kot2 keluar la air liur.hehe.nasib baik bawa tadi.Jgn lupa bawa air mineral senang nak kumur if tak selesa mulut ke kat luar.Kat bawah tempat kaunter klinik pun ada jual RM1 sebotol. Sebelum datang ke klinik tu bawaklah paper / bahan bacaan sementara menunggu nombor giliran kita dipanggil bolehlah membaca sekejap. Tak lah terbuang masa begitu sahaja. 

Kat sini aku bagitau rawatan pesakit luar hari ISNIN (8.00 pagi- 1.00 ptg).SELASA dan RABU (2.00ptg- 5.00).Tapi selalunya petang dia ambil 50 orang pesakit sahaja.Tak nak lah ramai kang tak balik pulak doktor tu.Dahlah pagi pun dah ramai pesakit yang macam2 kerenahnya.

Apapun terima kasih la rawatan doktor hari ni.Lepas ni kena jaga betul-betul gigi ni.Masa aku post entri ni pun tak hilang lagi sakitnya walaupun dah makan ubat tahan sakit.jadi "SEBELUM TIDUR SILA GOSOK GIGI".
.

Sunday, 24 June 2012

Buat Duit Dengan Mudah.my

Semasa tengah dok belek e-meil terbacalah tentang free ebook 'Buat Duit dengan Mudah.my' hasil buah tangan Usahawan Super iaitu Umar Taib.Sebenarnya saya dah lama berminat nak tahu teknik promosi kat mudah ni.Maklumlah mudah.my merupakan antara laman web pengiklanan terbesar kat Malaysia.Dah try sekali buat iklan pasal nak menjual kereta dan beg laptop.Memang menakjubkan sebab terima sms bertalu-talu daripada orang-orang yang berminat dengan barang yang kita iklankan.


Mudah.my merupakan lubuk yang mana terdapat banyak 'ikan' atau dalam lain perkataan 'prospek' kita.Tapi pastikan menggunakan teknik yang betul barulah ikan akan makan umpan yang kita gunakan.Kalau salah teknik ikan tak nak makan.Kan dah habis modal masa atau duit cari umpan tu.hehe..


Dalam ebook ini diterangkan teknik post a Free Ad iaitu tanpa menggunakan prodak sendiri dipanggil Dropshipping.Diterangkan juga bahagian Header (tajuk iklan) kita dan Ad Text (isi kandungan Iklan) iaitu ciri-ciri penting yang perlu ada dalam iklan yang kita buat.Free ebook ini juga menekankan secara ringkas teknik SEO.


Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik di sini - www.seminarmudah.my/bonus. untuk bacaan lebih lanjut.

Thursday, 21 June 2012

Car Loan Early Settlement Malaysia


Kat sini saya nak berkongsi cara pengiraan baki pembayaran loan kereta kat bank. Selalunya kita boleh berjumpa kerani/personal person/pegawai dekat bank yang kereta kita buat pinjaman untuk melihat samaada pembayaran sebelum ini ada masalah ataupun tidak.


Dalam benak fikiran aku ligat berpusing macamana cara-cara untuk menghabiskan hutang RM19k dengan kadar segera dan pantas.Aku membuat pinjaman kereta selama 7 tahun. Aku sudah pun membuat pembayaran kereta setiap bulan selama hampir 2 tahun. Ditahun hampir tahun ketiga ini jumlah pinjaman aku telah menjadi RM23K.Setiap pembayaran hutang secara cepat/lump sum/full settlement memang boleh dilakukan, malah mendapat diskaun/rebet.Car loan finance ni tak sama dengan personal loan sebab pengiraannya interest x jumlah pinjaman x tenure


Jika aku berhasrat membayar sekaligus hutang kereta, maknanya aku hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM19K sahaja dan RM4K tidak perlu dibayar dan dianggap sebagai diskaun. Perlu diingatkan yang pegawai itu juga mengatakan jika hutang kenderaan tinggal RM+/-5000, maka diskaun tidak akan diberikan. 


Bila balik rumah aku mencari cari info berkaitan “Car Loan Early Settlement Malaysia” ini dan rupanya terdapat “Car Loan Settlement Calculator” untuk membuat kira kira berapakah diskaun yang boleh kita dapati jika membuat “early settlement”. jika ingin mencuba boleh lah melawat website ini dan ketahui diskaun “Car Loan Early Settlement Malaysia” korang boleh test sendiri disini.
http://www.autoworld.com.my/v2/tools/loan_settlement.asp

Sunday, 17 June 2012

Buku 'Zakat Terapi Kekayaan'

Entri kali ni nak review sedikit pasal buku 'zakat terapi kekayaan' yang aku beli. Tajuk pun dah buat tertarik nak baca lebih lanjut.Buku ni lebih kepada siri soaljawab berkaitan perkara-perkara berkenaan zakat. Jenuh jugak la nak menghabiskan buku setebal 436m/s ni.Apapun nak senang aku baca je bab-bab yang berkaitan hidup aku sekarang + yang menarik minat.Nanti kalau sampai kat zakat saham ke, zakat perak ataupun sebarang kemusykilan boleh gunakan buku ni sebagai rujukan.



Zakat / dalam Arab disebut zakaa bermaksud - suci, bersih, subur, berkembang, membiak dan terpuji.Sesuai fitrah untuk mensucikan hasil pendapatan kita dari 'daki' dan membiakkan atau kembangkan harta untuk kemaslahatan umat Islam.Hakikatnya zakat tu sedekah tapi sedekah yang wajib.

Kalau nak tahu zakat ni tidak terbatas pada zakat emas, perak, ternakan, padi dan harta galian, tetapi ada juga diterangkan pasal zakat pendapatan, saham, dan zakat perhiasan.Malah pada zaman Uthman bin Affan dan Umar Abd Aziz, gaji yang dibayar kepada tentera Islam telah dibuat pemotongan zakatnya

Ada beberapa golongan asnaf yang berhak merima zakat seperti terkandung dalam Surah At-Taubah ayat 60 :-
1.Orang fakir
2.Orang miskin
3.Amil (pengurus zakat)
4. para muallaf
5.Riqab
dan lain- lain lagi.boleh baca buku ni untuk mengetahui lebih lanjut.

Dalam buku ni juga ada diceritakan rahsia Abdul Rahman bin Auf menjadi kaya dan isu-isu berkenaan kemiskinan.

Secara kesimpulan, apabila zakat ditunaikan maka ia akan membuka pintu barakah ke atas kita dan akan diturunkan rezeki kepada kita dari yang tidak disangka-sangka. Antara kebaikan di dunia ialah manusia yang suka membelanjakan harta yang kena pada tempatnya akan diberi ketenangan jiwa.Ia tidak akan dapat dibeli walau ditawar dengan harga yang berjuta. Keberkatan tu milik Allah dan Dia yang mencampakkan ke mana-mana saja.Kita patut lebih banyak menghulur sebagai refleksi tanda besyukur.


Nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan buku ni sebagai panduan kita bersama.


Friday, 15 June 2012

Sebelum memilih insuran takaful....



Hari ini saya nak berkongsi sedikit pengalaman berkaitan pemilihan insuran takaful sebagai perlindungan diri dan keluarga semasa kita sakit ataupun susah.Bagi saya jika dah berkeluarga ni, sekurang-kurangnya mestilah ada satu benteng..kot-kot terjadilah perkara buruk kat kita.Sekurang-kurangnya kita tidak menyusahkan keluarga terdekat atau meninggalkan beban hutang kepada anak bini kita.


Sebelum memilih sebarang takaful, mestilah kita kena buat 'research' terlebih dulu nak ambil pelan yang mana sesuai bagi kita.


1.Takaful ni melibatkan tempoh jangka panjang.Yang penting mesti tengok berapa bajet lebihan pendapatan kita yang mampu dikeluarkan untuk membayar pelan insuran ni.


2. Sekarang macam-macam perlindungan yang ditawarkan.Malah ada yang melibatkan instrumen perlindungan + pelaburan, ada yang 1 keluarga dengan 1 polisi dan macam-macam lagi pelan yang ditawarkan.Jadi dapatkan segala info barulah buat pemilihan.Biar ada 2 3 option yang mana terbaik bagi kita supaya skop pandangan dan pengetahuan lebih luas.


3.Set appointment dengan beberapa ejen syarikat takaful yang berlainan untuk dapatkan matlumat dan bertanyakan soalan secara percuma.Berurusanlah dengan ejen yang luas pengetahuan bukan sahaja berkaitan prodak syarikatnya tetapi prodak-prodak syarikat yang lain.Ini supaya kita dapat membuat perbandingan antara pelan-pelan yang ada dan menilai perkongsian matlumat ejen-ejen yang kita jumpa. 


4.Kalau boleh masa jumpa ejen-ejen tersebut, sediakan soalan yang akan ditanyakan.Ini supaya pertemuan tidak hanya jadi sehala.Baca sikit-sikit melalui medium internet untuk dapatkan sedikit gambaran pelan perlindungan yang macamana kita nak dan kemusykilan di minda kita.Yang penting kita kena faham polisi yang kita pilih.Tak faham tanya terus kat ejen untuk penjelasan.


5.Pilihlah ejen-ejen yang tinggal berdekatan dengan anda kerana dia yang akan bertanggungjawab claim insuran bila anda susah nanti.Jangan cari ejen yang hanya tahu nak jual sahaja kemudian senyap.


6.Dapatkan juga pendapat pengguna-pengguna yang lain terlebih dulu.Ibarat kita nak membeli sesuatu barang seperti handphone atau kereta baru, mesti dapatkan pandangan kawan-kawan sekitar kita dulu.Walaupun pelaburan serendah RM100/sebulan, yang penting ia mampu membantu kita di masa kita memerlukan.Boleh dapatkan pandangan melalui internet ataupun teman-teman sekeliling yang dah ambil polisi insuran ni.


7.Dapatkan matlumat di Bank Negara Malaysia yang menyelia syarikat insurans/takaful ini.Boleh try cek kat laman web ni.
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&type=TKF&fund=0&cu=0


8. Kalau ada kenalan di hospital, bolehlah tanya supaya dapat tahu syarikat mana yang terbaik daripada segi pembayaran tuntutan dan sebagainya. 


Takaful dan insuran merupakan teman ketika susah.jadi pastikan kita dapat teman yang mampu membantu ketika kita dilanda musibah kerana tidak semua membantu.Sebelum sign apa-apa polisi buatlah solat sunat istigharah dulu minta petunjuk dari Allah yang mana sesuai untuk kita.Wallahualam..

Thursday, 24 May 2012

ILMU + AMAL



Ketika mengikuti kuliah maghrib di masjid berdekatan rumah tentang Ilmu dan amal.Menarik juga tajuk yang dibentangkan ustaz berkenaan walaupun dah banyak kali kita dengar sebelum ini.Menurutnya ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tumbuh tapi tak berbuah.Ilmu mesti disertakan dengan amal supaya kita tahu manfaatnya pada kita dan memperbaiki apa yang kita amalkan sebelum ini.Contohnya solat 5 waktu yang menjadi teras amalan kita.Di dalam terkandung Surah Al-Fatihah yang wajib kita baca mengikut aturannya.Kita kena balajar (ilmu) dan amal (praktikal) supaya bacaan solat kita betul.


Sesungguhnya jika hanya berilmu tapi tak beramal @ praktikal akan dituntut kelak ilmu yang kita pelajari.Dengan amalan baru kita dapat kemahiran dalam mana-mana perkara pun kita lakukan.Ianya merupakan peraturan semulajadi yang tidak dapat diubah- TIADA HASIL TANPA USAHA.Tiada keuntungan tanpa bekerja, tiada kemahiran tanpa mencuba, tiada kejayaan tanpa kepayahan.Hanya satu sahaja perkara yang datang kepada kita tanpa perlu berusaha, iaitu umur tua kita.


Sebaliknya orang yang beramal tanpa ilmu pula seperti seorang memandu kenderaan tanpa pengetahuan pemanduan tersebut. Kesannya amat buruk dan boleh mengakibatkan kemalangan. Begitulah kesannya dalam amal ibadah seharian kiranya tanpa ilmu, jadilah amalan yang sia-sia sahaja.Imam Ghazali di dalam kitab minhajul a'bidin berkata " Ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia ".Sebab itu jika dipadukan ilmu dan amal, maka kita akan mendapat petunjuk Allah.



Dalam riwayat Imam Ali Abi Thalib berkata, “Ilmu adalah pemimpin amal, dan amal adalah pengikutnya.” Demikian juga dengan sabda Rasulullah saw , “Barangsiapa beramal tanpa ilmu maka apa yang dirosaknya jauh lebih banyak dibandingkan yang diperbaikinya.”
Pada riwayat lain, Imam Ali Abi Thalib berkata, “Ilmu diiringi dengan perbuatan. Barangsiapa berilmu maka dia harus berbuat. Ilmu memanggil perbuatan. Jika dia menjawabnya maka ilmu tetap bersamanya, namun jika tidak maka ilmu pergi darinya.”





Psst : Sebab itulah banyak sekolah agama di sekitar Selangor,terpapar logo di lencana tertulis perkataan ILMU,IMAN, AMAL

Friday, 11 May 2012

Kemahuan anak jangan dituruti

Saya ada terbaca berkenaan sikap ibubapa yang mesti tegas dan tidak boleh mengalah dalam menuruti kemahuan anak kita yang suka meminta-minta.Sebagai contoh bila membawa anak-anak ke shopping complex, anak-anak kecil tertarik membeli permainan dan akan meronta-ronta,berbaring, menangis, berguling-guling dan sebagainya bila tidak dituruti kehendaknya. Ini menyebabkan ibubapa malu dan runsing bila membawa anak-anak keluar bershopping.Lebih-lebih lagi yang berpendapatan rendah.Malah ada yang memukul dan meninggalkan serta tidak menghiraukan anak-anak.

Menurut penulis buku "Ibu bapa bijak, anak mewah", Zaid Mohamad, cara yang kita perlu lakukan ialah dengan :-



1. Alihkan perhatian anak kita seperti ke arah makanan atau melihat kedai haiwan atau bawa anak-anak pergi dari tempat tersebut secara fizikal jika perlu.

2. Sebelum shopping pesan awal-awal dekat sana banyak barang-barang.Ingatkan yang diorang boleh lihat dan pegang tetapi tidak semestinya membeli.Beri amaran kalau degil, mereka langsung tidak membawa apa-apa barang dibawa balik.

3. Ibu atau bapa perlu menentukan bajet dan umumkan kepada semua kelurga.Libatkan anak-anak dan minta kerjasama semua agar tidak terbabas.Keluarkan sedikit belanja untuk keluar, aktiviti riadah, bercuti dan pilih tempat-tempat mampu dikunjungi dan selesa tetapi ekonomikal untuk makan bersama keluarga.

4. Ajar sistem dan nilai wang kepada kepada anak-anak dari sejak mula sekolah rendah.Ajar diaorang berjimat-cermat dan menerapkan konsep 25:75 iaitu 25 peratus simpan dan 75 peratus lagi belanja.Selain itu ajar untuk membawa bekal dan sekali-sekala berikan lebih sedikit duit untuk membeli makanan lain seperti aiskrim sebagai hadiah.

5.Bagi anak - anak yang meningkat ke darjah 4-6, boleh berikan elaun mingguan contohnya RM8 seminggu dan guna konsep 25:75 juga.Bila meningkat remaja beri elaun bulanan awal bulan sebanyak RM50 ke RM70  dan pastikan bertahan sampai hujung bulan.

6. Anak-anak remaja selalunya tertarik membeli barangan mewah akibat pengaruh rakan sebaya seperti handphone, video game dan sebagainya. Ajar konsep membuat tabungan.Bincang bersama-sama anak cipta satu objektif yang jelas supaya anak kita lebin nampak dan mudah tertarik daripada kita dok berleter dan boleh menyebabkan anak-anak jauh dari kita.

7. Amalkan konsep tarikh luput apabila membeli barangan mahal seperti handphone-3 tahun dan jam tangan- 5 tahun.Sekiranya rosak barang tersebut tidak akan digantikan.Ini untuk memupuk diaorang menjaga barangan peribadi mereka sebaiknya.

8.Sekiranya perlu dibeli atau diganti juga, perlu guna konsep hadiah bersyarat.Ini perlukan proses rundingan yang telus dan buat beberapa syarat seperti anak perlu memberi atau membuat sesuatu untuk ibubapa seperti mengerjakan suruhan agama, menunjukakn penigkatan sedikit dalam pelajaran, membantu buat kerja rumah dan lain-lain lagi.jika tercapai boleh tunaikan permintaan setakat termampu.

Sebenarnya untuk mendidik anak-anak, ibubapa sebagai 'role model' perlu tunjuk contoh terlebih dulu kepada anak-anak.Sebarang panduan berguna untuk ibubapa boleh didapati di laman web www.Smartparents.com.my

sekadar perkongsian kita bersama.

Wednesday, 9 May 2012

Jerat Hutang

Ketika sedang membelek-belek akhbar di rumah terpandang tulisan / kalam dari Imam Muda - Mohd Hassan berkenaan jerat hutang.Hmm...menarik juga untuk dikongsi bersama.Di sini saya highlight punca-punca atau faktor yang mendorong kita untuk berhutang :- 


1. Desakan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu di luar kemampuan.


2. Pengaruh dari sahabat/jiran tetangga - kawan-kawan sekeliling kita senang untuk mempengaruhi dan memberi galakan untuk kita berhutang padahal sebenarnya kita tak perlukan pun sesuatu barang tersebut.


3. Rasa tidak puas hati dan bersyukur dengan apa yang ada - kononnya kita berhutang untuk memperbaiki kehidupan semasa tanpa mengambil kira kesan dan akibat dari berhutang.


4. Ingin memiliki sesuatu dengan cepat 


Hadith Nabi pernah bersabda " Semua orang mati syahid diampunkan dosanya kecuali hutang."Siap ada kisah tentang Nabi yang tidak akan menyolatkan jenazah orang yang masih dibelenggu hutang. Hadis Riwayat Saidina Ali bahawasanya nabi tak tanya pun amalan si mati, tetapi bertanya adakah si mati mempunyai hutang atau tidak.Jika si mati ada hutang, Rasulullah meminta sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau baginda sendiri yang akan menaggung hutang si mati.Jika tiada maka hutang akan ditanggung Baitulmal.Antara kesan dari berhutang pula :-


1. Kadar kemuflisan semakin tinggi - Ini banyak terjadi kepada golongan-golongan muda yang baru menapak tetapi mereka memusnahkan sebahagian perancangan masa depan.nak senang lenang sekejap tetapi susah berpanjangan.


2.Sentiasa rasa tidak tenang dan tenteram






3.Punca kepada gejala hiduup tidak sihat seperti mencuri, menipu dan sebagainya untuk melunaskan hutang.Orang yang tersepit sanggup lakukan apa sahaja tanpa memikirkan yang haram atau halal.Sehingga ada yang sanggup gadai anak bini untuk menjelaskan hutang kepada peminjam.


Yang penting pilihan di tangan kita.kita yang memilih untuk berhutang. Sentiasa berfikir adakah barang yang kita ingin beli satu keperluan atau kehendak.beringat-ingatlah sebelum menrut hawa nafsu yang sentiasa tidak puas. Banyakkan menambah ilmu tentang mengurus kewangan kita. Ada banyak buku- buku diluar yang boleh kita jadikan panduan.

Tuesday, 8 May 2012

2F untuk berjaya



Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, terdengarlah motivasi radio IKIM tentang 2 cara untuk berjaya dalam hidup ini iaitu :-


1.Fikir
2.Fokus


Yang menarik perhatian saya ulasan ustaz berkenaan menceritakan tentang FOCUS (follow one course until success).Sebenarnya saya 'start' tertarik dengan perkataan ni bila menghadiri seminar WSMA pada bulan januari yang lepas.Talk tersebut disampaikan oleh Faisal Abdullah (Pakar pemasaran FB).Saya juga termasuk dalam kategori orang yang cepat hilang fokus dalam melakukan sesuatu perkara.Kata Faisal antara kaedah untuk kita focus dengan banyak melakukan kerja proaktif berbanding reaktif.Kerja proaktif ialah ialah kerja yang kita buat mendapat respon dari orang lain manakala kerja reaktif ialah kita yang terpaksa memberi respon.


Begitu jugak di radio tadi membicarakan tentang fokus thinking.Kita disaran untuk sentisa fokus dalam setiap tindakan supaya masa yang dilaburkan tidak bocor dan tenaga kita tidak membazir begitu sahaja.Belum lagi termasuk duit sebagai modal yang kita gunakan. Sebagai contohnya jika kita mengadap internet untuk mendapatkan sesuatu informasi yang kita inginkan, kadang-kadang tumpuan kita teralih kepada perkara-perkara lain dan lari dari tujuan asal kita tadi.Alih-alih satu kerja pun tak menjadi kerana asyik dengan sesuatu perkara yang melalaikan kita.




Dalam Islam, aplikasi fokus thinking ialah melalui solat 5 waktu kita seharian.Kata ustaz berkenaan kalau solat selama 5-10 minit pun kita tak dapat fokus macam mana untuk kita fokus dalam kehidupan untuk 10 tahun akan datang.Kita disuruh untuk sentiasa melakukan usaha berterusan untuk fokus.Walhal dalam azan sebelum solat pun disebut haiya solat,haiya alal falah.Mari kerjakan solat dulu barulah kita menuju kejayaan.


Nabi menganjurkan kita untuk alihkan perkara yang tak berkaitan ke tepi.Sebagai contoh kalau makanan dah tersedia eloklah dimakan terlebih dulu, dan jikalau hendak membuang hadas kecil/besar hendaklah melampiaskan dulu hajat kita baru kita tunaikan solat tadi.Ini untuk mengelakkan kita hilang fokus dan mengalihkan dulu perkara yang mengganggu solat.


Itulah serba sedikit ilmu yang sempat saya tangkap berkenaan focus thinking.Semoga kita semua dapat manfaat darinya.InsyaAllah...

Tuesday, 17 April 2012

Meninjau Pangsapuri di Klang



14/4/2012 lepas, saya berkesempatan bersama-sama isteri meninjau rumah di Pangsapuri Rebana di Bandar Bukit Raja, Klang yang berkeluasan berkeluasan 654sqft.Lama mencari akhirnya jumpa jugak rumah tersebut.Siap silap masuk jalan ke Kuil di sebelah Pangsapuri tersebut.




Analisis saya berdasarkan kaedah S.W.O.T yang saya cedok dari blog abangensem.com.Apa yang dapat saya simpulkan dari pemerhatian saya yang serba sedikit di sana ialah


Strength


- Kawasan tersebut mungkin membangun kerana dah banyak rumah-rumah teres dan jalan-jalan yang baru dibina di kawasan sekitarnya.
- Lokasi pun berdekatan dengan akses ke jalan besar menghala ke Tol Bukit Raja (RM0.60)


Weakness


- harga yang saya dapat agak mahal berbanding 'kondisi' rumah tersebut
- Kawasan tersebut agak gelap dan jauh ke dalam dengan tiada lampu di sekitarnya ( maklumlah rumah kos rendah ) dengan papan tanda memberitahu Pangsapuri Rebana pun tiada.Kena tanya penduduk yang berbangsa India di situ baru yakin tempat tersebut.
- Tempat parking kereta pun luas lagi dan rumah pun banyak lagi yang masih kosong


Opportunities


- Boleh beli dengan harga RM29K melalui bank lelong.Itu yang saya tengok kat signboard terpampang di tiang lampu kawasan tersebut
- Ramai sangat warga asing terutama pekerja-pekerja kilang.Saya sampai di sana pada waktu maghrib, jadi berkesempatan tengok ramai minah-minah kilang baru balik dari bekerja. 
- Berdekatan dengan kawasan kilang Perindustrin Bukit Raja


Threats


- Kurangnya golongan melayu yang menetap di kawasan tersebut.Kalau beli untuk disewakan kira ok jugak la
- Kawasan tersebut begitu banyak anjing-anjing yang berkeliaran dan menganggu permandangan di situ


Apapun itu penelitian dalam tempoh sekejap ke pangsapuri tersebut.Selepas perbincangan dengan isteri saya, kami mengambil keputusan untuk 'hold' dulu untuk tengok kawasan lain lagi.Lagipun setiap keputusan mesti kena solat istigharah dulu mintak petunjuk dengan Allah kan.

Thursday, 12 April 2012

Menuntut Ilmu

Rasanya tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat bercuti kepada kawan-kawan pada 11 April 2012 lepas sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul halim Mu'adzam Shah.Semoga kekal sihat meniti usia 84 Tahun.walaupun saya tak bercuti dan bertugas seperti biasa apapun diharapkan negara kekal aman.Dengarnya, Pos Malaysia Berhad mengeluarkan setem (berharga 60 sen,80 sen, RM1) dan Sampul Surat Hari Pertama sempena pertabalan ini yang berharga 50 sen (terhad) Khamis ini.


Apapun walaupun kerja hari itu dalam suasana hangat disebabkan 'aircond' pejabat rosak, tetapi kerja untuk hari itu tak lah banyak sangat.Siap sempat lagi saya menghafal "doa menuntut ilmu" (panjang jugak doa dia) sementara menanti masa pulang.


Menuntut ilmu memang wajib ke atas diri kita.Kita nak apa pun atas dunia ini mesti dengan ilmu.Yang penting niat kita menuntut ilmu hendaklah untuk mendapat keredhaan Allah.Tanda ilmu kita berkat ialah semakin banyak ilmu kita dapat, semakin tunduk dan sujud pada Allah.Dalam islam Kita boleh tamak 2 perkara- ILMU dan keampunan Allah s.w.t.


Nak menuntut ilmu pun mesti ada adab dan tertib.Jadi sebaik-baiknya baca doa sebelum menuntut ilmu supaya dipermudahkan urusan kita dalam menuntut. Kita ni sedang dikira berjihad di jalan Allah





Wednesday, 4 April 2012

Bersyukurlah dalam apa jua keadaan



Jika kita memandang kehidupan dengan rasa syukur, semuanya menjadi indah dan luar biasa!
Setiap hari adalah hari yang baik
Setiap saat adalah saat yang indah
Berjalan, duduk atau berbaring adalah kebahagiaan hidup
Bekerja, berkeringat dan berjerih payah adalah kepuasan dan kemuliaan hidup


TAPI...
Jika kita tidak mampu bersyukur, semua yang baik dan indah akan menjadi pedih dan menyakitkan
Kemanapun kita pergi, apapun yang kita kerjakan adalah penderitaan.
Tiada hari tanpa kegelisahan
Tiada saat tanpa kesakitan!
Bukan hidup yang membuat kita gelisah tapi ketiadaan rasa syukur yang membuat semuanya menjadi sukar dan menyakitkan


KESULITAN SEBESAR APAPUN AKAN TERASA WAJAR bagi jiwa yang tetap melebihkan syukur daripada mengeluh
kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita bersyukur, tetapi bersyukurlah yang menjadikan kita berbahagia
Jiwa yang malas, tetap tersesat walaupun sudah sampai….
Jiwa yang tamak, tetap mengeluh di atas kekayaan….
Jiwa yang bersyukur, akan berbahagia bahkan di atas masalah…



Thursday, 29 March 2012

Bahagia vs Sengsara

(Ni saya dengar Ustz Zulramli di radio IKIM)Nak Tahu sama ada kita bahagia ke tak? Cuba cek tengok 3 perkara :-


1.Pasangan kita - suami/istei
2.kenderaan yang selesa
3.Rumah yang kita diami




Kalau kita sengsara cuba cek tengok 3 perkara dia atas juga. (Ini semua berada pada sekeliling kita je!).Jika diteliti 3 perkara di atas semuanya adalah amanah daripadaNya kepada kita dan akan dituntut haknya nanti seperti duit yang kita dapat daripada gaji atau benaga.Gunakan amanah sebaik-baiknya dan laburkan ke jalan untuk mendapat keredhaan Allah.


Yang penting kita mesti ingat kita ini sebagai orang asing di dunia ini.Sekadar singgah sahaja di sesuatu tempat sebelum kita menuju ke destinasi seterusnya.Buatlah cara orang menumpang sebelum pulang ke tempat asal kerana di sana kekal abadi.

Tuesday, 27 March 2012

Jauhkan sihir dari keluarga



Jika sesuatu keluarga tidak bahagia, isteri tidak boleh tengok suami dan sebaliknya, selalu bertengkar, boleh jadi institusi rumahtangga terkena sihir.Mungkin ada orang lain yang tidak mahu lihat kita bahagia dan juga dendam masa lalu.Di sini saya hendak berkongsi serba sedikit amalan boleh kita lakukan untuk mengelakkan unsur sihir ini masuk ke dalam keluarga kita.Ini saya dengar daripada radio dalam kereta.


1. Boleh amalkan baca Surah Al-kahfi dari ayat 1-10.




2. Surah Toha ayat 1-5 ( seeloknya diamalkan selepas solat berjemaah dan ditiupkan kat dahi isteri ).Bagi yang baru kawen boleh cuba amalkan tetapi yang dah lama kawen agak kekok jugak. Islam menggalakkan kita solat berjemaah agar ikatan suami isteri kukuh di bawah lindungan Allah.


3. Ayat kursi pun bagus untuk diamalkan.Selalulah kita baca selepas solat lima waktu.


4. Sedekah Al-Fatihah untuk isteri / suami.Kita suami isteri saling memberi sedekah agar pasangan sentiasa dilindungi Allah. Besar manfaatnya Surah ini.



Sunday, 25 March 2012

Erti Sabar + Syukur

Kelmarin saya sempat dengar ceramah kat radio IKIM berkenaan topik di atas.Di sini suka nak berkongsi point-point yang sempat saya dengar dan berkongsi untuk manfaat kita bersama.


1. Sebenarnya Allah dah menjamin jika kita bersyukur maka Allah akan tambahkan lagi nikmat.Tapi selalunya kita hanya pandang dari sudut material / luaran / kebendaan sahaja.Kita lupa yang nikmat boleh datang dari banyak sudut seperti kesihatan, ketenangan, keluarga bahagia,anak yang comel dan macam-macam lagi.




2. Contoh tanda kita bersyukur sprt bila kita dapat duit gaji kita beri sedekah / zakat untuk bersihkan pendapatan kita dari pencemaran.


3. "Bekerjalah seperti kita hidup seribu tahun tetapi beribadatlah seperti kita mati esok".selalu dengar kan ayat ni? Dalam Islam kerja dan ibadat adalah benda yang sama.Kerja ialah ibadat umum.Semua kerja kita buat dikira sebagai ibadat.Walhal masuk tandas pun dikira ibadat jika kena adab tertibnya.Cantik kan Islam?


4. Kita selalu fikir alat ibadat kita ialah tasbih dan tikar sejadah tetapi sebenarnya kenderaan yang kita guna ke tempat kerja, mouse, komputer yang kita guna dan lain-lain adalah alat-alat ibadat.Sungguh luas pengertian ibadat ni.Marilah sama-sama kita jadikan tempat kerja kita sebagai sejadah untuk ibadat kita.


5. Orang kaya yang syukur lebih mulia dari orang miskin yang sabar.Kenapa? Bila kita bersyukur kita dapat berkongsi kesyukuran dengan menyumbang kepada orang sekeliling kita.Tapi kedua-duanya bagus.Nabi kita pernah melalui dalam kedua-dua keadaan iaitu semasa susah dan semasa senang seperti mendapat harta rampasan perang.Kenapa Nabi melalui dua-dua keadaan tersebut? Tujuan ialah untuk memberi contoh dan tarbiah yang menjadi pengajaran kepada kita. Ambillah Nabi sebagai ikutan panduan dalam kehidupan kita seharian kerana panduan dah lengkap.





Itulah sedikit perkongsian dari saya.Semoga kita semua dirahmati Allah s.w.t selalu.

Thursday, 22 March 2012

Paranan perkataan S.A.T.U



Entri kali ini saya nak berkongsi apakah maksud S.A.T.U.Sebenarnya saya dapat perkataan ni dari bapa saya semasa kecil dulu.katanya nak berjaya kita mesti praktikkan perkataan ini dalam tugasan kita.


S- sedia , A- awal , T- tumpu , U- ulangkaji



1.Sedia Awal
- Dalam apa-apa keja yang kita buat mesti bersedia dari awal.contohnya semasa belajar dulu sebelum masuk kelas, bapa ajar untuk saya lakukan sedikit persediaan untuk kelas esok.Kenapa?sebab tak nak bagi kelam kabut.Ini menandakan kita bersedia untuk serap segala ilmu dan dah tahu serba sedikit tentang perkara yang akan diajar.sama jugak masa kerja sekarang.kalau tak bersedia dari awal, alamak kelam-kabut dan kita jadi cepat stress.


2.Tumpu
- Dalam lain perkataan ialah Focus (follow one course until success).Kalau nk berjaya mesti fokus sesuatu perkara.Otak kita hanya boleh fikir sesuatu perkara sahaja dalam satu masa.Ada buku yang saya baca mengatakan bila kita dilanda masalah/ kerunsingan, sibukkan diri dengan sesuatu perkara lain sampai kita xder masa nak fikirkan kerungsingan tersebut.






3.Ulangkaji
-Bila kita dah buat/amalkan sesuatu perkara mesti kita nilai / kaji keberkesanannya. Dengan mengulangkaji jugak pemahaman kita lebih jelas dan matlumat lebih jelas tersimpan dalam memori ingatan kita.Ia juga dapat kesan apakah cara kita buat selari atau tak dengan apa yang kita nak sebenarnya.


Pss : Ingat lagi masa tu nak dekat exam, apapun terima kasih bapa kerana mendidik saya menjadi insan.

Wednesday, 14 March 2012

Visi dan Misi (V&M)

Di dalam melakukan sesuatu perkara kita mesti ada V&M untuk dicapai.Ramai yang keliru apa itu pengertian misi,visi dan contoh-contoh terdekat.


Sebenarnya V&M adalah saling bersandaran.Mengikut pemahaman saya VISI (vision) ialah cita-cita atau impian yang kita ingin capai di masa hadapan (want to be)


Misi  (mission) ialah apa usaha yang kita perlu lakukan untuk mencapai visi tersebut.




Contoh saya menulis blog ini :-


Visi - Berkongsi segala ilmu dengan pelawat yang datang untuk manfaat bersama sebagai pencen kubur.


Misi
1. konsisten untuk sentiasa tambah entri di blog ini
2. Sentiasa 'upgrade' blog ini agar sentiasa selesa+ menarik untuk dikunjungi
3. Hanya mencadangkan prodak- prodak yang berkualiti sahaja.
5. Review buku- buku yang telah dibaca / dibeli.


Itu antara contoh yang saya berikan berkenaan V&M untuk blog ini.Kalau V&M ini digunapakai dalam sesebuah organisasi dan dihayati bersama, maka makin kuatlah organisasi tersebut kerana semua menuju satu arah/matlamat.Seperti contoh petikan dari Sony


Lima puluh tahun dari sekarangnama kami akan terkenal seluruh dunia…dan akan bersaing dalam inovasi dan kualiti dengan pesaing dimanapun didunia.…. ketika itu, “Made in Japan” akan mempunyai maksud yang bagusbukan sesuatu yang pelik (Sony, tahun 1950-an) 


Psst : Kalau boleh selalulah update V&M kita sehingga kita berpuas hati.Setiap orang ada V&M tersendiri yang berbeza.Janji tulis